Friday, June 3, 2011

REJAB DATANG LAGI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB
HADIS NABI
REJAB BULAN ALLAH
SYAABAN BULAN RASULULLAH
RAMADHAN BULAN UMAT KU

PENUHI BULAN REJAB DENGAN AMALAN AMALAN KEBAIKAN

Monday, May 23, 2011

happy birthday happy pencen day



Tahniah kaklong semalam birthday dan hari ni hari pertama bersara syabas dan tahniah



apo nak buet ... byk maso lapang ni

Friday, May 20, 2011

SELAMAT BERKURSUS

Mari kita ucapkan beramai ramai selamat berkursus persaraan kepada Pn. mariam Abd Karim. bang Taza pun pencen gak tapi dah kursus awal...(Kak Nab pun) semoga ceria dan tenang serta hilang stress .... seronoknya hidup di alam pencen tak de punch card, tak de iso, tak de meeting, tak de arahan kerja tak tentu hala... boleh rehat beb....

dengar kak ngah pun kursus kat Melaka ... macam dirancang pulak ...

alang kursus jugak kat pulau Sibu Mersing bukan Sabah ... ingat nak singgah umah kastam cian pulak baru balik kojer malam nak kojer balik huhuhu

Monday, May 9, 2011

SELAMAT HARI IBU

TERIMALAH NAZAM BUAT IBU IBU BAKAL IBU (SENANG NANTI DEN RAKAM KAN NAZAM NI.. NANGIS BEB..MOTIVASI SELALU GUA PAKAI WITHOUT FAIL NANGIS)

Hai segala anaknya Adam

Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela bekorban
Badan dan nyawa jadi taruhan

Ibu mengandung sembilan bulan
Lebih dan kurang tak ditentukan
Lahirkan dikau berapa kesakitan
Berpantang pula minum dan makan

Cukuplah masa sampai ketika
Lahirlah engkau ke dalam dunia
Barulah suka ibu dan bapa
Kepada engkau sangat kasihnya

Harap ibumu bukan sedikit
Tinggilah harap darinya bukit
Lama ibumu merasa sakit
Sembilan bulan tidak berbangkit

Setelah kamu sudahlah ada
Siang dan malam
Ibumu jaga
Tidur pun tidak barang seketika Makan dan minum tidak terasa

Tidaklah tentu siang dan malam
Bangun memangku di dalam kelam
Terkejut jaga ditengah malam
Tidurpun tidak lekat ditilam

Rela ibumu menanggung hutang
Kain dan baju tidak dipandang
Basah diampai kering dipinggang
Didukung galas tidak berenggang

Kenang ayahmu anak bangsawan
Barang katanya jangan dilawan
Ibu bapamu hubungan tuhan
Baru sempurna anak budiman

Hai segala anaknya Adam
Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela berkorban Badan dan nyawa jadi taruhan

Saturday, April 30, 2011

AL- FATEHA

WARGA MKLINGGI INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH BUAT BANG TAZA DAN MAMA JIDA DI ATAS PEMERGIAN ARWAH AMRAN ADIK KEPADA BANG TAZA.
DIDOAKAN SEMUGA ROHNYA DI CUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG ORANG BERIMAN

Thursday, April 28, 2011

SELAMAT HARI JADI KEPADA WARGA MKLINGGI BULAN APRIL 2011






SELAMAT HARI HARI JADI KEPADA SEMUAAAA.... YANG DAPET DEN INGAT HAPPY BESDAY PADA MR BAHA , MR BAHA PUNYA ANAK, MR BAHA PUNYA ULANG TAHUN PERKIWINAN... DENGAR KAROK 1 KELUARGA , PASTU BESDAY MADAM FALELA ALIAS WOK TAPAM.. YANG LAIN TU KALU TERTINGGAL TULUNG KOMEN YEKG!!!!

Sunday, April 10, 2011

cikgu tooooonang

DSC_1782

Tamat sudah majlis toonang cikgu kita..gambar belum sempat nk process..
maklumlah, proses tuk mengedit part perut dan sewaktu dgnnya sedang diusahakan XD

DSC_1788

e’hem ‘ehem

Monday, April 4, 2011

MAJLIS TUNANG

ASSALAMULAIKUM SEMUA.

BIASALAH NAK INGATKAN SEMULA..KAUM KERABAT KNGH ADIK BERADIK IPAR DUAI..ANAK2 BUAH, MAJLIS MULA JAM 11 PG BACA DOA SELAMAT DULU...MAJLIS TUNAG JAM 1 TGH SEBELUM ZOHOR TOLONG WAR WARKAN...
AKONG ADMIN TOLONG HEBAHKAN...

ANAK2 TU BAWA BAJU MANDI BIAR MEREKA MANDI2..YG BESAR2 TU...BACA DOA...YG UZUR JAGA BEBUDAK ..HEHE YG MENAPOUSE... DUDUK2 AJE...AMINKAN DOA..
TOLONG CARIKAN IMAM DOA SELAMAT..KNGH CADANG ALANG AJE...BILAL AYI N URUSAN MEMINANG BAHA AKONG AYI..
DATUK BESAN HADIR SAMA..

JEMPUT SEMUA...

Friday, March 25, 2011

RENUNGAN HARI JUMAAT

lAMA TAK BERKARYA BACA SAMPAI HABIS TAU

KISAH ANAK KECIL DAN PEREMPUAN TUA

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.




Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.


Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.


Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”


Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .


Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.




Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.


Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.


Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.


Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .


Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .


Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.


Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."


Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.




Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.


Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.


Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.


Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.


Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.


Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..


Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.


Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.


Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;


“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Sunday, March 6, 2011

mari nantikan cikgu menani nak toonang

DENGAN RENDAH HATI N PENUH HARAPAN HARAP MK LINGGI DAPAT BERSAMA MASA CIKGU MENANI BERTOONANG PADA 9 APRIL...TEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA DI REGENCY 2 CONDOMINIUM SRI HARTAMAS..SILA MOHON CUTI AWAL..SILA BALS BLOK N SERTAKAN NO KERETA SEBAB NAK BUAT LIST KENDERAAN.YG AKAN MASUK KE KONDO..HUHU...TERIMA KASIH..

Tuesday, February 22, 2011

:)

DSC_0478

tadaa..selamat sudah majlis ni..

*will update soon*

Video pulak Open-mouthed smile

First Video
Second Video :D

Sunday, January 23, 2011

marilah berkampong

assalamulaikumwarga mk linggi yg sibuk2

kangh nak jemput adik beradik berenam datng meeting kat umah kngh seremban masa raya cina..4 hb february..nakbincang pasal majlis khenduri kawin zuerin pada 11hb feb,12 feb n 19 february..sila bagi tahu jika tarikh tak sesuai...zuerin pun wajib balik masa tu..kngh harap adik beradik aje..apa2 pun ..nak bagi tugas aje masa hari mmajlis tu..

terima kasih..
wassalam,

Tuesday, January 18, 2011

menjemput


assalamulaikum warga mklinggi..

saya bonda kepada tuankastam dipadsir gudang dengan randah hati menjemput semua adik beradik anak2 buah..saudara mara yg melayari blog niuntuk bersama2 hadir di majlis pernikahan tuan kastam pada 11 hb waktu asar di masjid jempul dan diikuti majlis berinai pada malamnya..tempat kediaman telah di sediakan oleh tuan do di jempul di wisma belia..jempul..
12 hb resepsi di rumah do jempul.mama n keluarga di btho jemput sama ye,,,.kita datang ramai2 pakaian warna warni..

pada 18hb malam di jemput hadir ke rumah saya di seremban untuk merebus telor nmesak lauk pelanggah..tidur rukmah knghj di seremban..selimut n towel di sediakan toto kena bawa sendiri..hehe..
19 hb majlis khendurisambut menantu di seremban pakai baju btema warnakuning air keemasan...
anak2 buah le3laki n perempuan bantu mngh jadi usher n flower girl ye..faiz??macam mana event happening??ada karpet merak ke..???berarak kompang ddari umah maklong..

disertakan kad jemputan masih dalam printing lagi..sponsor oleh pak berahim..
cikgu cikgi ambik cuti sakit...kounselor pontengkan anak sekolah petang...next to jb ambik cuti ye..
keluarga mk linggi lama tak buat khenduri kawin last ssekali tuan drift..dah lupa dah lama bonar..
datang jangan tak datang ye..

Monday, January 17, 2011

Bertanya khabar.......

Assalamualaikum,apa khabar semua warga Mk Linggi semuga di berkati Allah ,Aminnnn.....,sekarang dah masuk tahun 2011 tentu banyak berita yang akan dipaparkan di blog ini yang terdekat persiapan Tuan Kastam kita yang akan menjadi Raja sehari bersultan di hati.Fuyoooo hebat ungkapannya.Jangan marah tuan bikin panas line sbb dah lamo sojuk dan lomau.