Thursday, July 22, 2010

Akhirnyaaaaaaaaaaaa.......................................





Assalamualaikum All Mk Linggi!! apa khabar?macam-macam cerita kita dengar,ada yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya,Al Fatihah buat Cikgu Hashim dan isteri(informer MK Linggi pasal diut Felcra,ada yang berjaya ke menara gading,ada yang menang main band,ada yang menang show talentime,ada yang dapat Anugerah Setia Putra sebab berkhidmat 20 tahun ngan UPM dan Akhirnyaaaaaaaaaaaa............ ada orang yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang walaupun telah sekian lama menabur khidmat ngan UPM,tak patut betul UPM bukan kocik-kocik PAU boleh tak nampak lain lah kalau pau Ahmad,pau maharani atau pau muar terus masuk mulut jer.Buat Mk Linggi di sertakan wajah tigo trio yang banyak berjasa ngan UPM dan anak-anak buah yang pernah study kat UPM.

Monday, July 19, 2010

TAHNIAH

TAHNIAH... BUAT ZIKRI, MENJADI JOHAN PERTANDINGAN MALAMTUNAS BUDAYA 17 JULAI 2010...KERANA MENJADI JOHAN BAND TERBAIK, DAN KOSSSAS SERTA KMR MENDAPAT TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN ANTARA KOLEJ.... TAHNIAH MALAM TADI JUMPA KAT RUMAH ALANG PANAS BADAN MACAM DEMAM JE DAH BAGI UBAT

TAKZIAH

MARI SAMA SAMA KITA BACAKAN AL FATEHA, BUAT ARUAH CIKGU HASHIM BACHIK DAN ISTERI
BELIAU TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA PADA 17 jULAI 2010 MELIBATKAN KERETA PROTON BLM DAN SASTERIA NEO.. ALFATEHA

SESUNGGUHNYA YANG HIDUP PASTI AKAN MATI, BERSEDIALAH PADA SEMUA WARGA MKLINGGI SEDIAKAN BEKALAN ANDA SEMUA SESUNGGUHNYA KEMATIAN ITU PASTI

Friday, July 16, 2010

hayati sajak ini

Wahai Isteri dan anakku

VN:F [1.9.3_1094]

Wahai isteri dan anakku,
Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu
aku tidak mampu memberikannya selalu
kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya

Wahai isteri dan anakku
Haraplah pada Allah SWT
KERANA Allah SWT yang memegang jiwaku
agar aku menghargai dirimu

Wahai isteri dan anakku
Jangan sesekali kau menangis keranaku
tetapi menangislah kerana Allah SWT
yang kekadang kau lupa akan diriNya
kerana terlalu mengharapkan penghargaan daripadaku

Wahai isteri dan anakku
Aku takut meletakkan harapanku kepadamu
kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT
untuk membimbingmu menjadi isteri yang terbaik untukku

Wahai isteri dan anakku
Aku takut menghargai dirimu
melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT
kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT

Wahai isteri dan anakku
Dikala kau bersedih keranaku
ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah
kerana kau mengharapkan diriku lebih daripadaNya

Wahai isteri dan anakku
aku tidak mampu membahagiakan dirimu
kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu
tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu

Wahai isteri dan anakku
simpanlah air matamu hanya untuk Allah
bukan untuk diriku
kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan aku daripada Allah

Wahai isteri dan anakku
sesungguhnya aku menyayangi dirimu
hanyalah kerana Allah SWT
yang melantik diriku menjadi wakil utk menyayangimu

Wahai isteri dan anakku
sesungguhnya aku menjadi penemanmu
semata-mata kerana Allah SWT
yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya

Wahai isteri dan anakku
Sesungguhnya aku juga insan yang lemah
yang sekadar memiliki kudrat
hanya atas apa yang Allah izinkan untukku

Wahai isteri dan anakku
tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT
pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku
untuk menghargai dirimu

Wahai isteri dan anakku
semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah
oleh Allah SWT
dengan semata-mata mengharapkan diriNya

Wahai isteri dan anakku, aku redha dan rela dirimu mencintai Allah
lebih daripada mencintai diriku
Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,
kau bukan sekadar mencintai diriku,
malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja
sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku.
Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT.

Wahai isteri dan anakku,
Aku mencintaimu kerana Allah SWT dan aku mengharapkan kau juga begitu.

Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah. Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah. Jagai jiwa kami ya Allah. Sesungguhnya perkahwinan kami ini atas kehendakMu ya Allah. Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah. Terima kasih ya Allah..terima kasih.

[note]: Sekadar luahan hati seorang suami yang hanya sekadar mampu memberikan yang terbaik kepada ister dan anak anak. Namun kebahagiaan, kepuasan hati, keceriaan, keharmonian, mawadah, kasih sayang dan semua itu adalah datang dari Allah terus ke jiwa isteri. Suami tidak mampu lakukan yang itu. Suami hanya mampu lakukan tanggungjawab yang diberi Allah.



Wednesday, July 14, 2010

Thursday, July 8, 2010

PANDANGAN & A FAMOSA RESORT RATE FOR PEAK SEASON ( SABTU & AHAD )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya dah check rate bagi A famosa pada bulan December 2010 Peak Season.

3 Bed Room Villa = RM 850 ++ - RM 950 ++

4 Bed Room Villa = RM 950 ++ - RM 1050 ++

Government Rate saya tak tau..

The Fact is :-

No cooking ( masak air boleh lah)

No barbecue (kalau nak juga, bayar kat diorang dan makan kat tempat lain)

No karaoke (outside or inside ur villa )

Up front payment at least 1 month to secure the villa.

ini tak termasuk package permainan koboi town, waterpark, safari park, paint ball and etc.

* Untuk 4 Bed room. (2 bedroom = 2 Queen Bed, 2 Bedroom = 2 Single bed)

Thanks to A famosa Resort Reservation department.

Kalau Cherating tak boleh juga.. Cameron pun tak boleh juga.. A famosa pun tak best... Pd dah tak mau.. ada apa lagi cadangan dari pihak yang berkenan? Kalau setakat nak berkaraoke se keluarga.. pergi RED BOX pun okay juga. RM 15 untuk 5 jam.. sambil dapat makan chicken chop lagi :-D

Kepada Pak cik pakcik...mak cik makcik...sepupu sepapat.. cuba kita cadang pergi ker pulau-pilau di malaysia ni? (oh nanti ada orang cakap tak boleh jalan jauh jauh pula kan hmmmm......)

kalau semua susah nak bagi idea bernas.. kita family day kat umah wan jer lah.. karaoke boleh kot.. sampai sebelum azan subuh.. kekeke..

kepada sesiapa yang terasa.. jangan marah ar.. idea, komen dan pandangan di perlukan.. saya salah seorang anggota MKLINGGI yang ingin melakukan perubahan. SAY NO TO PORT DICKSON :)

Sekian...

Budak Milo :D