Friday, April 30, 2010

KONGSI SEDIKIT PENGALAMAN (baca sampai habis tau)

Solat Khusyuk itu mudah (sharing pengalaman tika ikuti solat khusyuk..firman Allah sampaikan walaupun satu ayat)

Tetiba hati ini meronta ronta untuk sama ku kongsikan sedikit ilmu , yang boleh kita amalkan bersama

.
Tadi saya baca buku dengan tajuk berkenaan karangan mardibros iaitu anak murid Pak Abu Sangkan. MasyaAllah! (sesiapa berminat nak baca buku ini .. percuma sahaja nanti saya emailkan address)

Di m/s 7 Pak Mardibros mengatakan selalunya kita solat biasa-biasa saja tidak khusyuk tapi bila kita ditimpa musibah tiba-tiba solat kita menjadi khusyuk, sekhusyuk-khusyuknya. Kita merintih kepada Allah, kita merayu kepada Allah, kita mengadu kepada Allah.

Tapi bila kita dah terlepas dari musibah atau bila kita dah dapat apa yang kita hajati, kita kembali terlupa pada Allah. Kenapa perkara itu terjadi?

Salah satunya adalah sikap kita dalam menghadap Allah. Ketika kita tertimpa musibah, maka kita datang kepada Allah dengan merendah diri, sungguh-sungguh mengharapkan pertolongan Allah. Kita menjadi tersedar, hanya Allahlah yang dapat mengatasi masalah kita dan mengabulkan dosa kita. Sebaliknya ketika kita sedang jaya, tidak kekurangan satu apapun, sikap itu sudah tidak ada lagi. Biasanya kita solat dan doa hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan saja, seolah-olah Allah-lah yang memerlukan solat dan doa kita.

Terpaku saya baca ayat-ayat berkenaan. Kita solat hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan saja? Astaghfirullahal-Adzim Solah-olahnya selama ini kita tak pandangpun pada Allah, kita kaya kerana kita berusaha, kita menjawat jawatan yang ada kerana kita rajin bekerja. Satupun bukan dari Allah? Lidah kita menyebut ya..... dari Allah, tapi bila kita bercerita, "Aku dulu study sampai pukul 2 pagi, itu pasal aku dapat 4 flat. Aku dulu stay kat ofis sampai 3 hari berturut-turut, tidur pun tak cukup, itu pasal cepat naik pangkat."

Buku ini mengajak kita membuat pelatihan solat khusyuk itu di luar solat. Kemudian cubalah praktikkan dalam solat.

Buku ini ada 40 mukasurat. Di mukasurat ke 37 iaitu pada pelatihan ke-7 Pak Mardibros mengajak pembaca menghayati duduk antara dua sujud. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diam sejenak, buka dada dan diri anda untuk menerima ampunan dari Allah seperti anda membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika anda masih kecil. Jika anda tidak merasakan sesuatu tidak mengapa, mungkin anda kurang sensitif, tapi tetaplah membuka diri anda untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga anda merasa tenang.

Berikutnya sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri anda untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terkira besarnya. Bukalah dada anda seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang anda terima. Ulanglah beberapa kali hingga anda merasa cukup.

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)



Setelah selsai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.

Jom kita cuba praktikkan apa yang Pak Mardibros ajar dan cuba ceritakan pengalaman anda setelah mencubanya.

Ketika dalam solat ketika duduk antara dua sujud ..baca lah dengan penuh perasaan dan rendah hati , fahamkan bacaan sepenuh hati..kerana disaat ini adalah doa jikalau kita faham dan hayati ianya cukup lengkap .Namun selama ini kita membaca Rabbighfirli, , Warhamni, Wajburnii, Warfa'nii, Warzuqnii, Wahdinii, Wa'Aafinii , Wa'fuannii. Umpama membaca seolah olah keretapi ekspress tanpa ada penghayatan. Marilah sama sama kita perbaiki solat kita. ok

Thursday, April 29, 2010

HAJAT PENAUNG MKLINGGI

TERSEBUTLAH KISAH SATU PAGI YANG DINGIN GUA TELAH DITELEFONI OLEH MAK BAGI KAMI WAN BAGI CUCU2 ADA DUA PERKARA YANG DIMINTA DAN SAMA SAMA KITA BINCANG ELOK 2

1. SETIAP KELUARGA NANTI BALIK 8 MEI TOLONG BAWA GULA PASIR (BUKAN PASIR) SETIAP KELUARGA 1KG ATAU LEBIH SEBAB KAT LINGGI GULA DAH CHAK BOLIAU (SUSAH DAPEK)

2. PERKARA KEDUA NI SUSAH NAK TULIS .. TAK TULIS WAN SUDAH PESAN IATU GUA IKUT AYAT DIA DALAM TEPON " MAK MACAM TERASA HATI DENGAN ANAK ANAK (KALU ANAK2 TERMASUK LE CUCU GUA PUNYER ANDAIAN) SEMUA DAH BOSAR2 KERJA SEMUA BOLEH TAHAN ... ISU NYA KAT RUMAH ANAK ANAK SEMUANYA ADA WATER FILTER RIBU RIBU RINGGIT. TAPI MAK PAKAI AIR PAIP TAK BERTAPIS YANG ADO PUN JENIS PAKAI TUANG SENDIRI, SERAMIK PUN DAN ROSHAK..MAK PUN TERINGIN NAK PAKAI YANG MACAM JIRAN JIRAN YANG JENIS MACAM PELURU PEPANDU PASANG KAT METER AIR, YANG JENIS KENA CUCI MAK TAK RETI MATAPUN TAK NAMPAK , HARGA DALAM RM1200.00 BOLEH BAYAR BULAN RM 100. SIAP UPAH SEKALI.. KAT SINI DAH RAMAI JIRAN PASANG, KADANG KADANG JIRAN TANYA , WAN CICOK TAK NAK PASANG KE ? HIBA HATI INI .... MINTA PANDANGAN SEMUA WARGA MKLINGGI ,CUCU CUCU , CICIT CICIT SAUDARA2... KALU KOMEN... KOMEN BERALAS PANTANG JEBAT JADI DERHAKA , TAKUT JADI MALIM KUNDANG...TAKUT JADI SI TANGGANG..APAKATA KITA TONG TONG BERSAMA ... FIKIR PAHALA ...

Monday, April 26, 2010

JAWATANKUASA HOMECOMING

AJK SAMBUTAN : RICHARD DAN KAK NGAH
AJK MASAK :WAN CICOK
AJK HIASAN DEWAN: SITAH FAMILY
AJK PENGANGKUTAN : MASING MASING MAU INGAT
AJK BACAAN DOA : IMAM SURAU
AJK KEBERSIHAN ; SEMUA KELUARGA JANGAN LOPEH TANGAN
AJK MULTIMEDIA : GUMOT
AJK PUBLISITI DAN GAMBAR: GUMOT
AJK PROTOKOL :MARIAM FAMILY
AJK MEMBUNGKUS : MASIH KOSONG
AJK GIMIK PELANCARAN: MASIH KOSONG
AJK TUGAS TUGAS KHAS: AADK JEMPOL DAN NEGERI
AJK KESELAMATAN DAN PERUBATAN : MISI LELAKI YANG TENGAH PRAKTIKAL.
AJK URUSAN KANAK KANAK : ZURIN, MENANNI, IJA DAN VELLO
AJK PARKING : SAPA CEPAT DIA DAPAT
AJK PENGACARA: NEXT 2 JB
FLOOR MANAGER: IXORA
EVENT MANAGEMENT: IXORA
AJK GIMMIK : AADK NEGERI ( CADANGAN BUAT DRIFT DEPAN SURAU)
ADA LAGI NAK TAMBAH AJK KE ?


NEXT ISU ATURCARA

minta kerjasama supaya acara pot luck tu berjalan dengan lancar. kegagalan anda berbuat demikian akan dikutuk sepuas-puas-puas-puasnya oleh ahli mklinggi di blog.
warning, you had been warned..ahaha*


*gumot punya kerja ;)

Friday, April 16, 2010

HOME COMING

PENGUMUMAN DIMAKLUMKAN PADA 8.5.2010 AKAN DIADAKAN HOME COMING BERKONSEPKAN DOA SELAMAT SEMPENA
1. pAK sU MAT DILAH NAK KE UMRAH
2. SITAH DAH SIHAT
3. ALANG DAH SELAMAT BEDAH MATA
5. ZURIN DAN ADIK BERADIK NAK GI JORDAN
6. SEMPENA BESDAY BANCHIK DAN ULANG TAHUN KAWIN DIO
7.SEMPENA DUIT KELAPA SAWIT DAH MASUK ( PONING PEMEGANG AMANAH ... SABAR YA!!!! PABGGILAN TELEFON TU BIASA ... JANGAN TINGGI SUARA NANTI JADI ANAK DERHAKA ... BAK KATA RANCANGAN TANYALAH USTAZ)
8. kEBETULAN DAN BUKAN DIRANCANG ADMIN OTAI PUNYER BESDAY!!!

KONSEP KENDURI + POT LUCK

1. KELUARGA MARIAM NAK BAWA APA YA
2. KELUARGA KAK NGH NAK BAWA APA
3. BANGCHIK ONTAH LAH
4. ATEH SILA NYATAKAN
5. ALANG CHICKEN CHOP... TAPI MCM TAK SESUAI JE.. KENDURI KATA KAN NANTI FIKIR DULU
6 SITAH .. AIR BANDUNG KE?
7. DILAH .. AYAM KAMPUNG 3 EKOR
8 MAK... AYAM BANDAR, PUCUK UBI ..


SILA RESPON SEGERA TAKUT MENU DIBAWA BERTINDIH

PERINGATAN HARI JADI DAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN


perhatian pada semuo warga mklinggi adalah dengan ini pemegang mohor raja raja , nak maklumkan pada 18 April ni adalah hari jadi Bang Chik (joint kelab 50 dah beb ... ingat sikit umur tu dah tuo) dan juga birthday Norharyani anak dio pada tarikh yang samo( camno boleh target tarikh samo , agak egk dio kiro masa tut tut dan juga pada tarikh yang sama adalah hari ulang tahun perkahwinan yang ke 25 (jubli Perak beb .. tahniah ... semoga panjang jodoh) ...Allah maha kaya semua berlaku pada satu tarikh yang sama .... apa tak caya!!!!mari kita tengok bukti nya ... jangan tak wish tau tengok sama dulu wish beb...pado yang tak roti baca jawi tengok je lah tarikh..belajar le jawi moral ekg ...

mari melawat mklinggi

DSC_0038 DSC_0039 DSC_0040 DSC_0043 DSC_0044 DSC_0045 DSC_0046 DSC_0047 DSC_0048 DSC_0049 DSC_0050 DSC_0055


wahai pelawat MKLINGGI, sesungguhnya wan dan atok amat happy suka apabila anak,cucu&cicitnya dtg ke rumah..

jadi, marilah balik jika ada kelapangan ^^



antara aktiviti kami

  1. makcik sitah petik  cili
  2. makan ayam n cendawan
  3. tengok kucing, meowwww.

“arahan wan”

8/5/2010 nie sila

dtg.

admin otai punya

birthday, sila dtg

erk

sumer2 orang^^

 


jgn dtg dengan

tangan kosong.



dan paklang,

sila bwk kek :)

 

Friday, April 9, 2010

MISI MELARIKAN DIRI DARI WAD TUT .. TUT

Berkongsi pengalaman bagaimana menembusi kawalan keselamatan wad 8B yang paling ketat di hospital tut...tut..
kronologi cerita ....suspek tidak dikenali matlamat nak makan sup keting sebab lepas operate confirm tak leh makan nyer
1. masuk wad 29 mac operate 31 mac..
2.tgh hari 30 satu perancangan diatur
3.survey kedudukan pihak keselamatan dan nurse bertugas ... ada seorang pengawal dalam wad 24 jam ada 2 kaunter nurse perlu ditembusi

4. misi bemula pukul 7.45mlm 30 mac... kenapa pukul 7.45mlm.. why?? sembahyang magrib dulu
5.tunggu panggilan penculik .. pakai baju hospital dan seluar..hospital lepak kat kaunter nurse dan pengawal
6. baju dan t .shirt masuk dalam beg plastik supaya nurse tak suspek
7.dapat panggilan teefon ..sambil jawab telefon sambil .. keluar dari wad .. wat sadin je....
8. cari tandas tukar baju lain
9.turun lif.. pengawal keselamatan kedua di lobby tak perasan sebab dia ingat pelawat.. sebab dah tukar baju.
10. pas tu tempat menunggu tersembunyi dan gelap
11. pas tu apalagi makan sup keting le ...berminyak mulut beb
12.kantui masa tu pulak kak long telefon tanya kat mana...tipu sikit ...minta maaf kaklong cakap kat lobi.... tu sebab ada bunyi kereta bising.. kalau terus terang mati kena belasah
13. pas tu dah kenyang masuk bilik air restoren pakai baju seluar hospital pastu pakai seluar dan t shirt kat luar .. nampak gemuk sekit sebab baju dua lapis ..bukan sebab sup keting
14. 1jam setengah hilang tanpa dapat dikesan...sampai lobi tukar penyamaran pakai uniform hospital ... camnapun kantui jugak sister cari sampai kat lobi..
15. kecoh satu wad... masa tu muka macam anjing di bawa antan...atau kata aruah abah macam hantu kesiangan.. nurse tanya aku kata ada kat lobi..
kepada nurse nurse yang tertipu... aku minta maaf secara terbuka kerana terpaksa membohongi kelian sebab sup keting.. maaf dunia akhirat.. (permohonan maaf secara terbuka)

Sunday, April 4, 2010

takziah buat kak fari & next 2 jb skuarga

kami warga mklinggi merakamkan ucpn takziah buat kak fari sekuarga next 2 jb atas pemergian ibu tercinta. sesungguhnya setiap yg bernyawa itu pasti akan pegi menghadap penciptanya, kematian itu hanyalh 1 pepindahan dari 1 alam ke 1 alam yg lain. marilah kte sme2 berdoa agar rohnya dicucuri rahmat & ditmptkn bersme2 dengan para2 solihin & para shuhada. AMIN marilah bersame2 menghadiahkn al fatehahkepada arwah.

AL-FATEHAH

(pd sume warga mklinggi sentiasalah beringat ttg saat kematian,sabda nabi sesungguhnya org yg paling pintar di dlm dunia ini sentiasa ingat akan saat kematiannya dan berusaha menyediakan bekalan utk menghadapi saat kematian)

Friday, April 2, 2010

Semuga Tuan Admin cepat sembuh


Assalamualaikum semua MK LINGGI dan juga yang sewaktu dengannya,mari lah kita semua mendoakan semuga Tuan Admin cepat sembuh setelah menjalani pembedahan mata,buat tuan admin bersabarlah menghadapi dugaan,buat MK LINGGI yang tak sempat menziarahi tuan admin samada di Hospital Serdang mahu pun di rumahnya,di sini saya sertakan gambarnya semasa di hospital selepas menjalani pembedahan,Lepas nie toranglah penglihatan mato tuan admin kito.Kalu semua nak tahu malam sebelum buat pembedahan Tuan Admin telah diculik dalam bahaso penjajah "kidnap" dari Hospital Serdang demi memenuhi hajatnya sebelum pembedahan nak pekena sup " KETING" ,Fuyoooooo!!! terangkat BEBbbbbbbbbbbbb...............