Friday, April 30, 2010

KONGSI SEDIKIT PENGALAMAN (baca sampai habis tau)

Solat Khusyuk itu mudah (sharing pengalaman tika ikuti solat khusyuk..firman Allah sampaikan walaupun satu ayat)

Tetiba hati ini meronta ronta untuk sama ku kongsikan sedikit ilmu , yang boleh kita amalkan bersama

.
Tadi saya baca buku dengan tajuk berkenaan karangan mardibros iaitu anak murid Pak Abu Sangkan. MasyaAllah! (sesiapa berminat nak baca buku ini .. percuma sahaja nanti saya emailkan address)

Di m/s 7 Pak Mardibros mengatakan selalunya kita solat biasa-biasa saja tidak khusyuk tapi bila kita ditimpa musibah tiba-tiba solat kita menjadi khusyuk, sekhusyuk-khusyuknya. Kita merintih kepada Allah, kita merayu kepada Allah, kita mengadu kepada Allah.

Tapi bila kita dah terlepas dari musibah atau bila kita dah dapat apa yang kita hajati, kita kembali terlupa pada Allah. Kenapa perkara itu terjadi?

Salah satunya adalah sikap kita dalam menghadap Allah. Ketika kita tertimpa musibah, maka kita datang kepada Allah dengan merendah diri, sungguh-sungguh mengharapkan pertolongan Allah. Kita menjadi tersedar, hanya Allahlah yang dapat mengatasi masalah kita dan mengabulkan dosa kita. Sebaliknya ketika kita sedang jaya, tidak kekurangan satu apapun, sikap itu sudah tidak ada lagi. Biasanya kita solat dan doa hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan saja, seolah-olah Allah-lah yang memerlukan solat dan doa kita.

Terpaku saya baca ayat-ayat berkenaan. Kita solat hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan saja? Astaghfirullahal-Adzim Solah-olahnya selama ini kita tak pandangpun pada Allah, kita kaya kerana kita berusaha, kita menjawat jawatan yang ada kerana kita rajin bekerja. Satupun bukan dari Allah? Lidah kita menyebut ya..... dari Allah, tapi bila kita bercerita, "Aku dulu study sampai pukul 2 pagi, itu pasal aku dapat 4 flat. Aku dulu stay kat ofis sampai 3 hari berturut-turut, tidur pun tak cukup, itu pasal cepat naik pangkat."

Buku ini mengajak kita membuat pelatihan solat khusyuk itu di luar solat. Kemudian cubalah praktikkan dalam solat.

Buku ini ada 40 mukasurat. Di mukasurat ke 37 iaitu pada pelatihan ke-7 Pak Mardibros mengajak pembaca menghayati duduk antara dua sujud. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diam sejenak, buka dada dan diri anda untuk menerima ampunan dari Allah seperti anda membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika anda masih kecil. Jika anda tidak merasakan sesuatu tidak mengapa, mungkin anda kurang sensitif, tapi tetaplah membuka diri anda untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga anda merasa tenang.

Berikutnya sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri anda untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terkira besarnya. Bukalah dada anda seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang anda terima. Ulanglah beberapa kali hingga anda merasa cukup.

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)



Setelah selsai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.

Jom kita cuba praktikkan apa yang Pak Mardibros ajar dan cuba ceritakan pengalaman anda setelah mencubanya.

Ketika dalam solat ketika duduk antara dua sujud ..baca lah dengan penuh perasaan dan rendah hati , fahamkan bacaan sepenuh hati..kerana disaat ini adalah doa jikalau kita faham dan hayati ianya cukup lengkap .Namun selama ini kita membaca Rabbighfirli, , Warhamni, Wajburnii, Warfa'nii, Warzuqnii, Wahdinii, Wa'Aafinii , Wa'fuannii. Umpama membaca seolah olah keretapi ekspress tanpa ada penghayatan. Marilah sama sama kita perbaiki solat kita. ok

10 comments:

fadhilah said...

Alhamdulillah, bagusnya maklumat yg disampaikan, insyallah den akan cuba praktikan, kalau ada apa-apa ilmu yg berguna lagi kongsi-kongsi la kat blog ni, sendiri mau ingat, dunia ni dah tak berapa lama je lagi, pasal dah byk berlaku gempa bumi, gunung berapi dan mcm-mcm bencana lg, penaung kita tu cuba beri kaunseling sikit pasal den tengok kalau masa anak-anak, cucu cicit blk mula la dia lalai....den perhati je......

Unknown said...

ASSALAMULAIKUM WARGA MK LINGGI..
KNGH SIHAT AJE,,NI ADA DI JORDAN BARU SELESAI B.FAST. RICHARD SIHAT AJE N KIRIM SALAMPADA SEMUA..TERIMA KASIH AKONG ATAS INFO YG SANGAT PENTING KEAGONGAN ALLAH HENDAKLAH DIASAI KEHADIRAN NYA SETIAP DETIK..
ISU PENAPIS AIR DI RUMAH EMAK... KNGH BUKAN APE KALAU SETAKAT MAK BERDUA AJE ..BELI AIR DALAM BOTOL YG 5 LITER SATU BOLTOL BELI 2 DOZEN PUN DAJ MENCUKUPI..ATAU BELI YG MACAM KAKLONG ATTACHED KAT PAIP...TAK GUNA FILTER CLORIN TAPI PENAPIS TAK TUKAR SAMAPAI BERKULAT,,,BAWA BERBAGAI PENYAKIT JUGAK...JANGAN PERCAYALAH PADA JUALAN LANGSUNG YG MEMP UNYAI KEPENTINGAN COMPANY N KEPENTINGAN PERIBADI...BUKAN NAK KATA APE BUKAN NAK BERKIRA TAPI KENA PRAKTIKAL BUKAN NAK IKUT ORANG BAB ANAK2 MAK SEMUANYA TELAH MENCARUM BULANAN N KAKLONG TAHULAH PENCEN N CARUMAN ANAK2 PENDAPATN MAK 1400 TAK TERMASUK CUKAI,,KALAU BOLEH TAK USAHLAH DI BEBANKAN LAGI ADIK2 YG KNGH DENGAR MENGHADAPI BANYAK MASALAH MASING2...;KELUHAN MAK BOLEH DIDENGAR..TAPI KENALAH IKUT KEPRAKTIKALANNYA. KNGH HANYA BERI PANDANGAN..CARI YG MUDAH MURAH PRAKTIKAL N TIADA KEPENTINGAN PERIBADI,JANAN DI USIA LANJUT MASIH NAK BERUTANG BULANAN 100 SEBULAN BAYANGKANLAH...
TERIMA KASIH SALAM HARI BURUH,,,
LOVE U ALL.

fadhilah said...

Den setuju bebonar pendapat kak ngah tu....

bardreiy crieem said...

Salam semua keluarge ku tersayang..demiALLAH semua yang alang tulis adalah BENAR.."ALLAH"HU RABBI

bardreiy crieem said...

Salam semua keluarge ku tersayang..demiALLAH semua yang alang tulis adalah BENAR.."ALLAH"HU RABBI

YB said...

salam.Alhamdulillah..
MK Linggi telah melangkah ke satu tahap yg bru.. selain dpt mengeratkan hbgn kekeluargaan ,harap blog Mk Linggi nie juge dpt jd medium untuk kite berdakwah dan sling nasihat menasihati.. Insyallah..

MariaKarim said...

Alhamdulillah dan terima kasih atas komen,sesungguhnya segalanya milik Allah dan Allah sahaja yang berhak menerima pujian kita sebagai hamba yang hina ini hanya mampu menyampaikan sahaja sebagai satu tanggung jawab bersama.Allah hu Rabbi
next 2 Jb thank u very much

mardianakarim said...

assalamulaikum WARGA MK LINGGI..
HANYA SEKADAR INGATAN... NAK BUAT KHENDURI BESAR ATAU KECIK TAK PENTING...YANG PENTING NIAT YG BAIK ...ERATKAN SILATURRAHIM..JANGAN NANTI RUMAH DAH SIAP PAHAT MASIH BERBUNYI...APA2 PUN KNGH PERCAYA ADIK BERADIK KNGH SEMUANYA SANGAT MATANG DALAM MENHADAPI DUGAAN...DUGAAN DALAM DIRI..DUGAAN SUAMI.DUGAAN ISTERI DUGAAN ANAK2..DUGAAN IBU BAPA YG SUDAH TUA... N DUGAAN DARI ORANG YG JAUH...
TAKE CARE SUAMI
LOVE U ALL.

MariaKarim said...

terima kasih kak ngah atas ingatan tu..dalam..... maksud kak ngah tu yang boleh menjangkau kehadapan... bagi yang faham ...faham le

aadk jempol said...

ape yg penntingg.KERJASAMAA

hehe..semua skali, ape yg penting?...