Wahai Isteri dan anakku
Wahai isteri dan anakku,
Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu
aku tidak mampu memberikannya selalu
kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya
Wahai isteri dan anakku
Haraplah pada Allah SWT
KERANA Allah SWT yang memegang jiwaku
agar aku menghargai dirimu
Wahai isteri dan anakku
Jangan sesekali kau menangis keranaku
tetapi menangislah kerana Allah SWT
yang kekadang kau lupa akan diriNya
kerana terlalu mengharapkan penghargaan daripadaku
Wahai isteri dan anakku
Aku takut meletakkan harapanku kepadamu
kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT
untuk membimbingmu menjadi isteri yang terbaik untukku
Wahai isteri dan anakku
Aku takut menghargai dirimu
melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT
kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT
Wahai isteri dan anakku
Dikala kau bersedih keranaku
ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah
kerana kau mengharapkan diriku lebih daripadaNya
Wahai isteri dan anakku
aku tidak mampu membahagiakan dirimu
kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu
tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu
Wahai isteri dan anakku
simpanlah air matamu hanya untuk Allah
bukan untuk diriku
kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan aku daripada Allah
Wahai isteri dan anakku
sesungguhnya aku menyayangi dirimu
hanyalah kerana Allah SWT
yang melantik diriku menjadi wakil utk menyayangimu
Wahai isteri dan anakku
sesungguhnya aku menjadi penemanmu
semata-mata kerana Allah SWT
yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya
Wahai isteri dan anakku
Sesungguhnya aku juga insan yang lemah
yang sekadar memiliki kudrat
hanya atas apa yang Allah izinkan untukku
Wahai isteri dan anakku
tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT
pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku
untuk menghargai dirimu
Wahai isteri dan anakku
semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah
oleh Allah SWT
dengan semata-mata mengharapkan diriNya
Wahai isteri dan anakku, aku redha dan rela dirimu mencintai Allah
lebih daripada mencintai diriku
Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,
kau bukan sekadar mencintai diriku,
malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja
sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku.
Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT.
Wahai isteri dan anakku,
Aku mencintaimu kerana Allah SWT dan aku mengharapkan kau juga begitu.
Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah. Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah. Jagai jiwa kami ya Allah. Sesungguhnya perkahwinan kami ini atas kehendakMu ya Allah. Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah. Terima kasih ya Allah..terima kasih.
[note]: Sekadar luahan hati seorang suami yang hanya sekadar mampu memberikan yang terbaik kepada ister dan anak anak. Namun kebahagiaan, kepuasan hati, keceriaan, keharmonian, mawadah, kasih sayang dan semua itu adalah datang dari Allah terus ke jiwa isteri. Suami tidak mampu lakukan yang itu. Suami hanya mampu lakukan tanggungjawab yang diberi Allah.
8 comments:
apo den nk komen nii? sapo peulis asal sajak ni? kalu plagiat, malu la weiiii..
jangan komen sajak komen wajah baeu blog ... kasi damai sikit asyik tegang je komen komen eh
nanngis wajah baru blog
den tgk kek henset samo jo..apo yg wajah baru eh??
assalamulaikum warga mk linggi..
tahniah cantik wajah blog baru... damai..sajak pun damai juga..
dengarnya admin otai semput astma teruk lepas naik pentas terima sijil khidnmat cemerlang.
apanya wei...astma ni ada kaitan dgn emosi jugak..admin otai tak tenteram ke??
kerja banyak sangat ke??? bukan senag nak uruskan mahasiswa n siswi..
apa2 pun take care admin otai we love u..
love mardiana
wah! gempak cantik wajah blog baru ni,betul kata kak ngah damai je rupanya,...alhamdulillah Allah anugerahkan ilham alang utk hasilkan wajah baru ni.
pehhh, terbaekkk sehh, tp nape ade gamba wan sorang aje...
Jgn jelous, aadk tak sompek nak interframe masa tu..hehehe.
Post a Comment